Prakata :
Buku teks Bahasa Melayu Menengah Rendah Tiga ini ialah buku teks baharu yang ditulis berpandukan Kurikulum Standard Bahasa Melayu Menengah Rendah yang disusun oleh Jawatankuasa Kurikulum Bersepadu Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia. Buku ini juga ditulis berdasarkan sembilan literasi teras yang menitikberatkan pembangunan modal insan, ilmu pengetahuan, kemampuan nilai dan sikap serta disepadukan dengan tiga konsep, iaitu pembelajaran kendiri, komunikasi, dan kerjasama serta penglibatan dalam aktiviti masyarakat.
Keistimewaan buku ini ialah kandungan buku ini diolah secara terancang dengan mewujudkan aspek penggabungialinan antara kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis dengan penerapan aspek sastera dan tatabahasa secara berpandu. Persembahan buku ini turut direka bentuk berdasarkan konsep majalah yang sangat menitikberatkan aspek warna, susun atur dan ilustrasi supaya dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku teks ini sepenuhnya.
Buku ini merangkumi lapan tema dan 16 unit. Kesemua unit ini disusun mengikut aras pengetahuan sedia ada pelajar. Unit pembelajaran ini juga disusun secara ansur maju bagi memudahkan pelajar menguasai ilmu daripada aras mudah kepada aras yang lebih mencabar.
Kandungan :
Klik dan membacanya 初中《马来文》第三册
Disusun oleh :
董教总华文独中工委会统一课程委员会
Jawatankuasa Kurikulum Bersepadu
Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malysia