Prakata:
Buku aktiviti Bahasa Melayu Menengah Rendah Tiga diperkenalkan sebagai bahan latihan pengukuhan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina. Buku ini memberikan tumpuan kepada kemahiran menulis melalui pelbagai latihan seperti menjawab soalan kefahaman, membina ayat, menulis perenggan, menulis rumusan dan karangan. Latihan-latihan ini dirancang khusus untuk memperkukuh penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar Menengah Rendah Tiga.
Di samping itu, buku aktiviti siri ini disusun selari dengan lapan tema utama dalam buku teks yang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, aspek sastera dan tatabahasa. Penyusunan ini dirancang secara sistematik untuk memastikan setiap aspek kemahiran bahasa diberikan perhatian yang sewajarnya dan disesuaikan dengan tahap pengetahuan pelajar. Pendekatan secara ansur maju digunakan bagi membantu pelajar menguasai ilmu secara berperingkat dari aras rendah ke aras tinggi sekali gus memudahkan pemahaman isi kandungan dengan lebih efektif.
Penekanan khusus diberikan kepada pengukuhan kelima-lima kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina. Guru turut diberi fleksibiliti untuk mengadaptasi atau mengubah suai bahan latihan berdasarkan keperluan dan tahap keupayaan pelajar. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk memanfaatkan sepenuhnya latihan-latihan yang disediakan dalam buku aktiviti ini bagi memperkukuh penguasaan mereka dalam setiap kemahiran bahasa.
Akhir sekali, buku aktiviti ini juga menyelitkan kesalahan lazim dalam jawapan bahasa Melayu calon UEC, khususnya dalam bahagian karangan dan rumusan. Tujuannya adalah untuk membantu calon-calon UEC mengenal pasti dan mengelakkan kesilapan yang sering dilakukan ketika menjawab soalan sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kandungan :
Klik dan membacanya 《初三马来文作业簿》
Disusun oleh :
董教总华文独中工委会统一课程委员会
Jawatankuasa Kurikulum Bersepadu
Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malysia