Prakata:
Buku Aktiviti Bahasa Melayu Menengah Rendah Dua diperkenalkan sebagai alat latihan tambahan yang lengkap dan menyeluruh untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina. Buku ini diberi fokus menulis dengan latihan bina ayat yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar menengah rendah dua.
Di samping itu, buku aktiviti ini disusun seiring dengan lapan tema dalam buku teks yang merangkumi kemahiran membaca dan memahami, mendengar dan bertutur, menulis, tatabahasa dan aspek sastera. Susunan ini bertujuan untuk memastikan setiap aspek kemahiran bahasa dipertimbangkan dengan teliti dan disusun mengikut aras pengetahuan pelajar. Unit pembelajaran juga disusun secara ansur maju untuk memudahkan pelajar menguasai ilmu dari aras rendah ke aras tinggi untuk memastikan pelajar menyerap dan memahami isi kandungan dengan lebih baik.
Penekanan dalam peningkatan dan pengukuhan kelima-lima kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina diperincikan. Guru diberi fleksibiliti untuk menggunakan atau mengubah suai bahan dalam buku aktiviti mengikut keperluan dan keupayaan pelajar. Pelajar perlulah bijak membuat latihan-latihan yang disediakan dalam buku aktiviti ini agar dapat mempraktikkan serta memperbaik kemahiran bahasa mereka mengikut konteks yang sesuai.
Akhir sekali, buku aktiviti yang disediakan telah dirangka dengan mempertimbangkan keperluan dan aras keupayaan pelajar, membantu guru dan pelajar untuk meningkatkan dan mengukuhkan penguasaan mereka dalam subjek Bahasa Melayu.
Kami mengalu-alukan maklum balas anda tentang buku aktiviti ini. Sila e-melkan pandangan anda kepada bahasamalaysia@dongzong.my. Setiap pandangan anda amatlah dihargai dan akan membantu kami untuk meningkatkan kualiti buku aktiviti ini. Terima kasih.
Kandungan :
Klik dan membacanya 《初二马来文作业簿》
Disusun oleh :
董教总华文独中工委会统一课程委员会
Jawatankuasa Kurikulum Bersepadu
Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malysia